Monday, June 28, 2010

Sejarah Sony


SONY merupakan perusahaan barangan elektrik yang berpusat di Tokyo, Jepun. Kini, Sony merupakan perusahaan barangan elektrik yang terbesar di Jepun dan dunia. Sony disenaraikan di dalam Tokyo Stock Exchange, bursa saham berpusat di Jepun dibawah nombor 6758 dan di New York Stock Exchange sebagai SNE melalui ADR.

Sejarah

Sony ditubuhkan pada 7 Mei 1946 dengan dikenali sebagai Syarikat Telekomunikasi Tokyo atau Tokyo Tsushin Kogyo. Produk komersial pertama mereka ialah sebuah periuk nasi pada akhir 1940an. Seiring dengan kemajuan Sony didalam dunia perusahaan global, ia membeli syarikat lain yang telah lama wujud termasuk Columbia Record.

Semasa Tokyo Tsushin Kogyo sedang mencari nama yang sesuai untuk dikomersialkan, mereka cuba untuk menggunakan singkatan TTK. Walaubagaimanapun, mereka tidak memilihnya kerana ada perusahaan kereta api Tokyo Kyuko yang dikenali sebagai TKK pada masa itu.

Kemudian, nama “Sony” dipilih dari gabungan perkataan latin sonus yang berasal dari perkataan sonic dan perkataan Inggeris sunny yang bermaksud cerah. Pada masa itu, adalah sesuatu yang amat ganjil bagi sebuah syarikat Jepun menggunakan huruf roman sebagai ejaannya apatahlagi penggunaan aksara fonetik yang digunakan dalam penulisan bahasa jepun. Langkah ini mendapat tentangan dari Mitsui, bank yang membiyaai TTK pada masa itu. Mereka mahukan nama seperti Sony Electronic Industries atau Sony Teletech digunakan.

Tetapi pendirian Akio Morita selaku pemilik Sony tetap teguh kerana beliau tidak mahu mana-mana perusahaan dikaitkan dengannya. Akhirnya, pemilik Bandai dan Presiden Masaru Ibuka memberikan persetujuan mereka.

Pada 1988, Sony telah membeli CBS ( Columbia ) Records Group dari CBS. Ia kemudian dinamakan sebagai Sony Music Entertaiment.

Pada tahun 2000, Sony memiliki hasil jualan sebanyak US $63 milion. Selepas itu, Sony telah memperkenalkan syarikat Aiwa pada tahun 2002.

> Sony juga memiliki saluran televisyen di India dan saluran-saluran yang ditujukan untuk masayarakat India di Eropa.

Standard Sony

Melalui sejarah, Sony terkenal kerana sering memperkenalkan kelainan dalam aplikasi teknologi merekod dan menyimpan di pasaran. Antara peristiwa yang terkenal ialah persainagan format kaset video pada 1980an ketika Sony memasarkan format Betamax untuk perakam video bagi menyaingi format VHS buatan JVC. Akhirnya, format VHS mendapat tempat di dalam pasaran dan menjadi standard piawai untuk pemain kaset rumah dan memaksa Sony mengalah.

Walaubagaimanapun, Sony terus mencuba dengan taktik yang sama dengan teknologi ciptaan mereka seperti format rakaman digital. Minidisc dicipta untuk menggantikan kaset audio manakala seterunya memilih CD-R dan MP3.

Sony juga memperkenalkan MemoriStick dan menggalakkan penggunaannya secara meluas untuk kamera digital dan peralatan mudahalih lain yang sedikit penggunaannya oleh syarikat lain. Sony juga cuba dengan “zip drive”Iomega dan “Imation Superdisk” melalui HiFD ciptaan mereka tetapi gagal.

Perkembangan

Pada 20 Julai 2004, EU telah bersetuju pembahagian margin 50-50 di antara Sony Music Entertaiment dan BMG. Melalui persetujuan ini, lahirlah Sony BMG yang kemudiannya bekerjasama dengan RIAA Universal dan menguasai lebih 60% pasaran muzik dunia.

Pada 13 September 2004, sebuah consortium di bawah Sony telah menyelesaikan perjanjian untuk membeli studio filem terkenal iaitu Metro-Goldwyn-Mayer dengan harga 5 million termasuk 2 juta dalam bentuk hutang.

Filem

Sony Pictures Entertainment termasuk :
- Columbia Pictures
- Tristar Pictures
- Mandalay Entertainment – pemilikan tidak sepenuhnya
- Phoenix Pictures – pemilikan tidak sepenuhnya
- Sony Pictures Classics
- Sony Entertainment
- Columbia-Tristar Home Video
- Truimph Films
- Metro-Goldwyn-Mayer
- United Artist
- Screen Gems

Muzik

Dunia muzik Sony meliputi :
- Sony / ATV Music Publishing
- Sony BMG Music Entertainment
- Columbia Record – muzik popular
- Epic Record – muzik popular
- Legacy Recording
- Sony Classical – muzik klasik
- Sony Nasville – muzik country
- Sony Wonder – hiburan anak-anak dan keluarga

Permainan Video

Sony Computer Entertainment – Playstation

Produk yang terkenal

Berikut merupakan sebahagian daripada produk yang dipasarkan oleh Sony :
- Reel-to-reel tape recorders
- Perakam kaset video
- Betamax
- Betacam
- Komputer
- VAIO
- CLIE
- Permainan Video
- Playstation @ PSone
- Playstation 2 @ PS2
- Playstation 3 @ PS3
- Playstation Portable @ PSP

- Mesin Pencetak
- Sony PictureStation DPP-EX50

- Pemain mudah alih
- Mini Disc
- Memory Stick
- Hi FD

- Robot
- Aibo
- Qrio

- Pemain stereo peribadi
- Walkman
- Discman

- Televisyen
- FD Trinitron
- LCD WEGA
- Grand WEGA

- Projektor
- Cineza

- Kamera Video Digital
- Sony DCR- PC330

- E-book
- Sony Librie EBR-1000EP

5 comments:

  1. aku suka barang2 sony. hp, camera dll.

    ReplyDelete
  2. arigatou sony sbb create PS series ^^

    ReplyDelete
  3. nak menyebok..hehe..i ada hp sony, i ada mp4 sony, i ada laptop sony-vaio, i ada kemre sony-cybershot,,,,,,I LOVE SONY=)

    ReplyDelete
  4. hohoho...
    Sony the best sound... :-P

    ReplyDelete
  5. err,,x ade sony dlm hidupku..uhuhuhu~

    ReplyDelete